Monday, October 22, 2012

Linguine with cream sauce

Selamat malam semua....malam-malam macam ni semua perut sudah kenyang, so boleh la cuci mata tengok resepi ye...

 Linguine with cream sauce
 
 Bahan Utama :
1 genggam linguine ( direbus bersama 1sb olive oil dan 1sk garam )
5 keping meatloaf  ( dipotong )
1 cawan brokoli ( dipotong )
1/2 cawan bawang besar ( dihiris )
1/2 cawan cendawan butang ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( dihiris )
1 cawan capsicum merah,hijau dan kuning ( dipotong dadu )
2 sb butter
 
Bahan Sos :
1 cawan heavy whipping cream
1 cawan fresh milk
2 sb parmesan cheese
1 biji telur
1 sk garam
1 sb blackpepper
( satukan semua bahan sos dalam 1 mangkuk, ketepikan dulu )
 
 
Cara - cara :
 
1. Cairkan butter, masukkan bawang putih, bawang besar dan meatloaf.
2. 2minit kemudian, masukkan kesemua sayur, kacau rata.
 
 3. masukkan bahan sos. (sementara itu,rebus linguine)
 
4. 8minit kemudian, toskan linguine dan masukkan dalam sos yang dimasak tadi.
 
5. kacau rata, angkat dan hidang...
 
Post a Comment