Saturday, September 22, 2012

Daging Panggang Teriyaki

 
Salam hujung minggu...
menu kali ini simple dan sedap, menepati citarasa my hubby...yang penting nak buat tu senang.
jom kita tengok...
                                     
Beef Teriyaki Grill ( Daging Panggang Teriyaki )
 
BAHAN - BAHAN :
1kg daging ( dihiris nipis )
Teriyaki Marinade ( Thick ) brand kikkoman
1 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk blackpepper
1 sudu besar minyak bijan
sedikit bijan
 
* Campurkan semua bahan dan perap semalaman dalam freezer, esoknya keluarkan dari freezer 2jam sebelum nak masak.
 
CARA - CARA :
1. Panaskan non-stick pan dengan 1 sudu besar minyak masak dan 1 sudu besar minyak bijan dengan menggunakan api sederhana.
2. masukkan daging yang diperap. kerap terbalikkan daging supaya masak sekata dan tidak hangit.
3. masak hingga daging kelihatan pekat dan berkilat. Angkat dan taburkan sedikit bijan diatasnya, hidang panas-panas.
 

Salad ( side dish )
 
BAHAN - BAHAN :
1/4 kobis ( dihiris halus dan dibasuh, toskan dan kemudian simpan dalam fridge sekejap )
thousand island secukupnya
2 keping hirisan lemon ( ambil jusnya )
 
CARA - CARA :
1. Bila daging dan nasi sudah siap, keluarkan kobis tadi dari fridge.
2. gaulkan kobis bersama thousand island dan perahan jus lemon. gaul rata dan hidang. salad akan rangup dan sangat yummylicious....
 
Dessert
 
BAHAN - BAHAN :
Buah tembikai ( dipotong dan disimpan dalam fridge sekejap, hidang masa makan )
 

Nasi
 
BAHAN - BAHAN :
1 cawan beras jepun
2 cawan air
 
CARA - CARA MASAK NASI BERAS JEPUN :
1. Basuh beras hanya sekali, jangan banyak kali sebab nanti hilang kanji.
2. masukkan dalam rice cooker, masak macam biasa.
3. Apabila nasi masak, biar lagi 10minit baru senduk dalam mangkuk dan hidang. makan panas-panas....

Senang kan.....semua bahan boleh beli di jusco. maybe kat supermarket lain pun ada kot, rajin-rajin la mencari...


Post a Comment