Thursday, June 7, 2012

~ Spaghetti Olio : Simple & Sedap ~


Salam and hye peeps.....

Sudah lama rasanya tidak meng'update' blog...hehe..mood dah kelaut.pape pun harap korang dapat cuci mata tengok menu kali ni ok...haha. :p
Resepi Spaghetti Olio

Bahan - bahan :
1 paket spaghetti ( direbus dan toskan )
1 senduk butter
16 ulas bawang putih ( dicincang )
1 biji bawang besar ( dicincang )
2 biji cili merah ( dibuang biji dan dicincang )
1 kiub ayam knorr
1 mangkuk isi ayam
1 mangkuk isi udang dan sotong
6 biji cendawan butang ( dihiris )
2 batang salery ( dihiris )
serbuk lada hitam
serbuk oregano dan basil
garam secukup rasa

Cara - cara :
1. panaskan pan dan cairkan butter, then masukkan bawang putih dan bawang besar, tumis hingga wangi.
2. masukkan kiub ayam, kacau rata dan masukkan ayam,udang,dan sotong, kacau hingga masak dan masukkan pula salery dan cendawan, kacau sekejap.
3. masukkan serbuk lada hitam, kacau rata dan masukkan spaghetti yang ditoskan tadi, kacau rata.
4. masukkan serbuk oregano,basil dan garam secukup rasa. masak lagi hingga semua rasa sebati.
5. angkat dan hidang panas.



Side Dish : Homemade Hawaiian Pizza

Untuk resepi pizza boleh tengok entry sebelum ni ye...pizza kali ni i letak slices mozarella coz stok cheese parut dah habis. malas pulak nak menapak ke jusco semata-mata nak beli cheese.hehe....

Post a Comment