Monday, April 16, 2012

Ayam Masak Thai

Sumber : My Resepi

Bahan - bahan :
1 mangkuk isi ayam
1 biji bawang besar ( di mayang )
2 ulas bawang putih ( di ketuk )
2 cm halia ( di mayang )
2 batang serai ( di ketuk )
1/2 biji capsicum ( di potong )
beberapa helai daun limau kasturi ( di koyak )
sedikit hirisan daun sup @ daun bawang
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Sos ( campurkan dalam 1 mangkuk ) :
2 sb sos cili
2 sb kicap manis
2 sb kicap cair
2 sb pes tomyam ( i pakai 2 kiub tomyam )
1 sb sos tomato
1 biji limau nipis ( ambil airnya sahaja )


Cara - cara :
1. panaskan minyak dalam pan dan tumis bawang besar,bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
2. masukkan bahan sos dan ayam. kacau rata.
3. masukkan daun limau dan capsicum. perasakan dengan garam dan gula. masak dalam 10 minit atau hingga ayam masak.
4. taburkan daun sup @ daun bawang. hidangkan

 
Dessert hari ini...puding roti.
Post a Comment