Sunday, January 1, 2012

~ original spaghetti bolognese ~

 Bahan - bahan :
1  pek spaghetti ( direbus dan ditoskan )
1 biji bawang besar kuning ( di potong dadu )
2 ulas bawang putih ( di cincang )
2 tbsp mentega / minyak zaitun
400g daging cincang
200ml susu full cream
2 biji tomato ( di potong dadu )
1 tin sederhana tomato puree
2 tin air ( dari tin tomato puree )
1 tbsp basil dan oregano
garam dan gula secukup rasa
serbuk parmesan cheese

Cara - cara  :

 1. panaskan mentega / minyak zaitun. masukkan bawang besar dan bawang putih. tumis hingga layu.

2. masukkan daging cincang. masak hingga daging berubah warna. sentiasa kacau hingga daging tak berketul-ketul.

 3. masukkan susu fullcream dan masak hingga susu sebati dengan daging. sentiasa kacau.

4. masukkan tomato yang dipotong dadu dan tomato puree.masukkan juga 2 tin air ( menggunakan tin tomato puree tadi ). kacau rata. tutup periuk dengan hujungnya dibuka, jangan tutup rapat.

5. apabila mendidih, masukkan basil dan oregano. masak lagi hingga kuah pekat.

6. apabila kuah pekat, perasakan dengan garam dan gula. biarkan masak sekejap lagi barulah angkat dan hidang bersama spaghetti yang siap direbus tadi.

7. jangan lupa taburkan serbuk parmesan cheese diatasnya semasa menghidang.


p/s  : selamat tahun baru semua...

Post a Comment