Saturday, January 21, 2012

~ Nasi lemak lover.. ~

Salam and hye...
selamat berhujung minggu...breakfast apa pagi ni? hari ni kitaorang menternak lemak with nasi lemak.hahaa..syok tak terkata..weeeee ;) lagi syok tengok my hubby makan bertambah-tambah sampai 3 pinggan. pastu bantai menyandar tak larat bangun..bhahaa..

Oke..nak try buat tak? buat nasinya senang aje cuma sambalnya kena masak agak lama..

RESEPI NASI LEMAK

Bahan Untuk Buat Nasi :
3 cawan beras ( di basuh bersih dan toskan )
3 cawan air @ secukupnya
1 cawan santan
2 sudu teh garam
2 ulas bawang merah ( di hiris halus )
1 batang serai ( diketuk )
1/2 inci halia
2 helai daun pandan ( koyakkan sikit dan simpul )

Cara Buat Nasi :
1. masukkan semua bahan di dalam rice cooker, kacau sedikit dan masak seperti biasa.
2. bila nasi hampir masak, buka rice cooker dan kaup balik nasi supaya nasi masak sekata.

Bahan Untuk Sambal Nasi Lemak :
1 mangkuk cili kering ( direbus hingga lembut, buang air rebusan then blend halus cili kering dengan sedikit saja air, ketepikan dulu )
1 biji bawang besar kuning*
6 ulas bawang merah*
2 genggam ikan bilis*
1 kiub ikan bilis*
( basuh bersih bawang dan ikan bilis, then blend semua bahan bertanda * )
1 senduk minyak masak
gula , garam dan air asam jawa secukup rasa.

Cara Buat Sambal Nasi Lemak :
1. panaskan minyak, tumis bawang yang diblend bersama ikan bilis tadi hingga wangi / pecah minyak.
2. masukkan cili yang diblend. kacau dan masak hingga pecah minyak.
3. masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa. masak lagi hingga sambal pekat dan semua rasa dah cukup.

Bahan Tambahan :
timun ( dibersihkan dan di potong sesuka hati )
telur ( direbus atau di goreng mata kerbau )
ikan bilis goreng
kacang tanah goreng

Hidang nasi lemak bersama teh 'o' panas...ummph... ;)


 
Post a Comment