Tuesday, January 10, 2012

~ Fettuccine Carbonara ~

Bahan - bahan :
1/2 paket fettuccine direbus dan ditoskan
1 tbsp minyak zaitun
2 ulas bawang putih ( dicincang )
1 mangkuk hirisan dada ayam dan daging cincang ( digoreng dengan sedikit minyak bersama 1 tsp serbuk blackpepper )
2 batang sosej ( di potong serong )
8 batang cendawan ( dihiris nipis )
1 ketul kiub ayam
2 cawan fresh milk
2 cawan whipping cream
2 cawan air atau secukupnya
1 tbsp basil dan oregano
garam secukup rasa

Cara - cara :
1. panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga layu, masukkan isi ayam dan daging cincang yang telah siap digoreng tadi, sosej, cendawan dan kiub ayam. kacau rata sekejap.
2. masukkan fresh milk, whipping cream dan air. kacau rata dan masak hingga kuah pekat.
3. masukkan oregano dan basil. perasakan dengan garam. biar sekejap lagi hingga semua rasa sebati.
4. angkat dan hidang bersama fettuccine tadi.

Selamat mencuba resepi mudah dan sedap ni, thanks to kakct for this recipe...

Dah lama tak meng'update'..mood ke laut...huhu...
ni pun entri yang berkurun la jugak tertangguh..
selamat malam... ;)


Post a Comment