Thursday, December 15, 2011

~ Nasi Kabsa Ayam ( Arab ) ~

 Chicken Kabsa
Bahan - bahan Rebusan Ayam :
 1 genggam rempah arabic all spices
1 sk arabic gum ( mastic atau mastika )
saffron ( pewarna kuning )
1 ekor ayam ( dipotong dan dibersihkan )
 
p/s : bahan rempah all spices, arang arab, arabic gum, saffron boleh cari di kedai pak arab
Cara Buat Rebusan Ayam Kabsa
1. bungkuskan rempah all spices dengan kain kecil dan ikat.
2. dalam periuk, letakkan ayam, rempah yang dibungkus, arabic gum dan sedikit saffron.
3. isikan air hingga menutupi ayam. rebus hingga mendidih, perasakan dengan garam.
4. ketepikan dulu

 Bahan - bahan Nasi Kabsa :
4 cawan beras basmathi ( dibasuh dan toskan )
3 sb minyak zaitun
1 mangkuk kismis
1 ketul arang arab ( ada dalam gambar bahan rempah diatas )
aluminium foil
Cara Buat Nasi Kabsa :
1. dalam rice cooker, letakkan beras, kismis, dan minyak zaitun. kacau rata.
2. masukkan ayam kabsa yang direbus tadi, kaup balikkan dengan beras.
3. masukkan air rebusan secukupnya ( anggaran dalam 5 cawan )
4. tutup rice cooker, biar hingga nasi masak.
5. buat lubang di tengah - tengah nasi, letak aluminium foil dan masukkan arang yang dibakar, jirus dengan sedikit minyak zaitun untuk keluarkan asap. tutup rice cooker selama 2 minit untuk mendapatkan aroma.
6. keluarkan arang.

 Bahan - bahan Salata Hara :
2 biji tomato
2 biji cili hijau
seikat daun pudina ( ambil daun saje ye )
1/2 biji lemon ( diperah, ambil jus saje )
Cara Buat Salata Hara :
1. blend semua bahan dan hidang.
 Mix salad ( capsicum, tomato, salad dan zuichini ) gaul dengan minyak zaitun dan jus perahan lemon
proses meng'arang' nasi...

Selamat mencuba..sangat sedap dan mudah nak buat nasi ni ye... ;)
Thanks to my MIL for this amazing recipe..my MIL belaja dengan kawannya, orang arab..

Post a Comment