Friday, December 16, 2011

~ Ikan Juara Bakar ~

 Ikan Juara Bakar

Ikan juara ni ikan sungai fresh yang abah bekalkan masa balik temerloh aritu. ikan ni rupanya lebih kurang nak sama macam ikan patin tapi rasanya lagi sedap dan jarang-jarang dapat beli orang jual. kalau kat sana orang biasa buat masak tempoyak macam ikan patin tu, buat masak lemak atau goreng je pun sedap.. bawa balik melaka tak tau pulak nak buat masak ape plus bahan nak buat masak versi pahang takde. so, pakai apa yang ada dalam ice box jela, malas nak menapak keluar p cari barang..akhirnya, malam beberapa hari yang lepas, selamatlah sudah ikan juara ni di bakar dan di ngap..hehe...sodap rupanya buat bakar cenggini weh...

Bahan - bahan :
1 ekor ikan juara ( di basuh dengan air asam )
2 ulas bawang putih ( di cincang )
2 sb serbuk kari
2 sb oregano dan basil
2 sb kicap manis
garam secukup rasa
sayur campur ( brokoli, kobis, carrot dll )

Cara - Cara :
1. sediakan aluminium foil, letak ikan dan lumurkan ikan dengan garam.
2. then, lumurkan dengan serbuk kari, kicap manis, basil dan oregano.
3. sumbatkan perut ikan dengan sayur campur, lebihan sayur letak di sekeliling ikan.
4. tutup aluminium foil dan perap ikan selama 1 jam.
5. panaskan oven suhu 180 darjah celsius dan bakar selama 40 minit.
6. hidang panas bersama nasi panas - panas.


si juara dah siap bermekap..hehe. bertapakan dulu dia sebelum bakor ye...


Post a Comment