Sunday, December 11, 2011

~ homemade supreme pizza ~

 Homemade Supreme Pizza

Bahan Doh :
3 cawan tepung superfine ( brand bluekey )
1 paket mauripan ( direndam 5-10 minit dalam 1 cawan air suam )
3 sb yogurt
3 sb cream cheese
2 sb olive oil
secubit garam
1 sk serbuk basil / oregano ( optional )

Cara - cara Buat Doh Pizza :
1. bila yis dah berbuih, campurkan semua bahan dalam bekas yang besar.
2. uli sehingga doh tidak melekat / licin. ( tambah air jika terlalu keras, tambah tepung jika terlalu lembik )
3. biarkan doh kembang.

Sementara tunggu doh kembang, sediakan bahan base, bahan sos, bahan topping dan bahan special sos. Jangan lupa panaskan oven dulu, 230 darjah celsius ( api atas bawah ye.. )

Bahan Base :
Cream cheese
2 keping cheese slices ( potong 4 )

Bahan Sos :
1 botol pizza sos
5 ulas bawang putih ( di cincang )
2 sk serbuk basil
2 sk serbuk oregano

Cara - cara Buat Sos :
1. panaskan semua bahan di dalam pan hingga mendidih.
2. angkat dan ketepikan dulu

Bahan Topping :
2 batang sosej ( potong serong )
1 biji tomato ( potong dadu )
1/2 biji capsicum hijau ( potong memanjang )
6 batang cendawan butang ( hiris )
6 biji buah olive ( hiris )

Bahan Special Sos :
1 sb minyak zaitun
3 sb bahan sos yang dimasak tadi
1 mangkuk kecil hirisan daging ayam
1 mangkuk kecil carrot ( di potong dadu )
1/2 biji bawang besar ( di potong dadu )
2 keping nenas ( di potong dadu )
3 sb sos cili
1/2 sk serbuk lada hitam

Cara - cara Buat Special Sos :
1. panaskan minyak, masukkan ayam, kacau hingga masak / berubah warna.
2. masukkan bahan sos dan sos cili. kacau rata.
3. masukkan semua bahan, kacau hingga semua bahan masak dan pekat. angkat dan ketepikan

Ok, bila semua dah ready, uli doh..

Bila doh dah uli cantik dalam pan pizza tu... sapukan cream cheese dan susun cheese slices diatasnya.

 Lepas tu ratakan pula dengan bahan sos yang dimasak tadi dan taburkan bahan topping diatasnya..

 Kemudian, taburkan pula bahan special sos...

Last, taburkan mozarella cheese diatasnya dan biarkan pizza mengembang sikit lagi ( letak atas oven ). pastu boleh la bakar selama 15 minit...

Dan siap....

happy weekend... ;)

p/s : thanks a lot to my MIL for the super duper pizza crust recipe... we really love it. senang je rupanya buat doh pizza ni..hehe..

Post a Comment