Tuesday, December 20, 2011

~ Ayam Panggang Madu ~

 Ayam Panggang Madu / Honey Roasted Chicken

Bahan - bahan :
4 ketul ayam ( dibersihkan )
1 biji kentang ( belah 4 )
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 sb lada hitam *
2 sb sos tiram
2 sb madu
1 sb serbuk cili
1 sb oregano dan basil
1 sk garam halus
( tumbuk halus bahan bertanda * )

Cara - cara :
1. satukan dalam mangkuk bahan yang ditumbuk dengan semua bahan kecuali ayam dan kentang. gaul rata.
2. masukkan ayam dan gaul rata seluruh ayam. perap dalam fridge selama 1 jam.
3. panaskan oven suhu 180, susun ayam diatas aluminium foil dan letak kentang. bakar selama 1 jam.
4. hidang dengan nasi panas..

selepas 30 minit, terbalikkan ayam dan sapu sedikit madu. bakar lagi 30 minit.

p/s : ayam ni boleh jugak makan bersama spageti atau ratah je pon sodap... ;)
Post a Comment