Friday, November 18, 2011

~ Korean Steamed Chicken : Dakjjim ~

Resepi Ayam Steam Korea ( Dakjjim )

Bahan - bahan :
12 ketul ayam ( dibersihkan )
2 sb minyak sayuran
3 tangkai cili kering ( di gunting kasar )
10 ulas bawang putih ( di cincang )
1 inci halia ( di cincang )
2 biji kentang ( di belah 4 )
1 batang carrot ( di potong kasar )
1 biji bawang besar kuning ( di potong kasar )
1 biji cili hijau dan cili merah ( di hiris )
1 kotak cendawan butang ( di hiris )
3 cawan air

Bahan Sos ( kacau rata ) :
1/4 cawan soy sauce
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan corn syrup
1 sb gula perang
1 sb minyak bijan
2 sk serbuk lada hitam

Bahan Tambahan :
1/2 tangkai daun bawang ( hiris halus ) dan rendam dalam air sejuk
1 sb bijan goreng

Cara - cara :
1. Panaskan 2 sb minyak, goreng cili kering 15saat, then keluarkan cili kering.
2. Masukkan ayam, kacau rata dengan cepat.
3. Masukkan bawang putih dan halia ( kacau lagi )
4. Masukkan bahan sos, air dan kentang. tutup pan. ( masak 10 minit, high heat )
5. Buka pan, masukkan carrot, bawang, cili, cendawan dan cili kering yang digoreng tadi. masak lagi 10 minit.
6. Angkat dan hidangkan. tabur bijan dan daun bawang.

Sangat mudah, sedap and very healthy...minyak yang sedikit, no salt or sugar but rasanya memang perfect.
selamat mencuba...


P/S : Resepi asal add glass noddles tapi saya tak letak, if suka jangan lupa add..hihi..


Post a Comment