Wednesday, November 2, 2011

~ Ikan Cencaru Sumbat Goreng ~

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Goreng

Bahan - bahan :
4 ekor ikan cencaru ( dibersihkan dan dibelah belakang )
serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan Sambal Sumbat Ikan :
2 biji bawang besar ( ditumbuk kasar )
1 ulas bawang putih ( ditumbuk halus )
4 sb cili giling
2 sb budu
2 sb air asam jawa
1 sk serbuk lada hitam
1 sk gula
sedikit garam

Cara - cara :
1. panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. masukkan cili, budu, serbuk lada hitam dan air asam. kacau hingga pecah minyak, perasakan dengan garam dan gula.
3. then sumbatkan sambal di belakang perut ikan
4. lumurkan ikan dengan kunyit dan garam
5. panaskan sedikit minyak, goreng ikan hingga masak.

 sedap makan bersama nasi panas dan ulam...memang ummphh..

Post a Comment