Monday, November 14, 2011

~ Bulgogi Stew ( Bulgogi Jungol ) ~

Resepi Bulgogi Stew

Bahan - bahan untuk perapan Bulgogi :
500 gm Daging ( hiris memanjang dan nipis )
1/2 cawan Soy Sauce
1/2 cawan Air
1/4 cawan Gula
10 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
1 biji Asian Pear
1 sb Madu
1 sb Minyak Bijan
1 sb Serbuk Lada Hitam

Cara - cara :
1. Blend hingga halus semua bahan kecuali daging.
2. Dalam tupperware, isikan daging dan tuang bahan blend tadi diatasnya.
3. Taburkan 1 sb Bijan dan gaul rata.
4. Simpan dalam fridge semalaman.

Next day, prepare bahan- bahan untuk stew...

Bahan - bahan Stew :
1 batang Carrot ( potong kasar )
1 batang Brokoli ( potong kasar )
1 batang Daun Bawang ( potong 2 inci )
1 biji Bawang Besar ( potong kasar )
2 paket Cendawan Enoki ( dibuang akarnya )
1 biji Cili hijau ( hiris )
1 biji Cili merah ( hiris )
3 tin Air  Rebusan Daging ( i rebus 2 mangkuk air dengan 2 Kiub Daging )

Cara - cara :
1. Sediakan mini kitchen gas diatas meja makan.
2. Susun atur bahan - bahan stew di dalam pan, lubangkan ditengah nya dan letakkan perapan daging bulgogi.
3. Tuangkan air rebusan daging dan hidupkan api.
4. Tutup pan, masak 5 - 10 minit ( high heat )
5. Buka penutup dan kaup balikkan kuah keatas daging.
6. Tutup semula dan masak lagi 10 minit ( high heat )
7. Bolehlah dimakan panas - panas bersama semangkuk nasi ( semangkuk je nasinya tau...nanti tak larat nak perabiskan stew yang sedap nih.. ) dan jangan lupa kecilkan api ye supaya kuah tak cepat kering...


Selamat mencuba...

Boleh juga tambah tofu, zuichini dan cendawan butang. ;)


Post a Comment