Tuesday, November 1, 2011

~ Ayam Masak Padang ~

Resepi Ayam Masak Padang

Bahan - bahan :
1 ekor ayam
1 paket santan
2 keping asam gelugor
6 helai daun limau purut ( disiat )
air secukupnya ( tidak terlalu banyak )
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili api ( ikut kepedasan )
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras ( disangai )

Cara - cara :
1. panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. masukkan ayam, asam gelugor, daun limau, air dan santan. gaul rata.
3. masak hingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
4. kecilkan api, masak hingga kuah sedikit pekat.


Selamat Mencuba.....
Post a Comment