Friday, October 14, 2011

~ Stew Ayam Lada Hitam ~

 Blackpepper Chicken Stew
Bahan -bahan :
10 ketul ayam
2 biji kentang ( belah 2 )
1 biji bawang besar ( belah 4 )
1 sb serbuk lada hitam
1 sb kicap cair
1 sb kicap manis
1 sb kicap pekat ABC heinz
3 sb cili paste
4 sb minyak
1/2 cawan air asam jawa
3 mangkuk air atau secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
Cara -cara :
1. panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili paste hingga garing.
2. masukkan ayam, kicap cair, kicap manis, kicap pekat dan serbuk lada hitam. gaul rata.
3. masukkan kentang,bawang besar,garam, gula,air asam jawa dan air. biarkan mereneh hingga kuah pekat dan masak. ( lebih kurang 35 minit ).
4. hidang bersama nasi panas...
 Ikan Goreng Cili campur sayur dan daging...kes malas masak banyak menu. so, campak je jadi 1 menu.. macam biasa, tumis bawang merah,bawang putih and cili giling hingga garing, then garam, gula dan daging..bila daging hampir masak, campak la sayur dan ikan goreng..agak2 sayur masak.angkat dan ngap ler....
 Sotong Goreng Tepung

 
Ni menu semalam..tip top. mabeles...dah lama tak post entry baru...sibuk ngan assigment yang berlambak tapi belum start buat pun.haha...menung je lebih, tak tau mana nak mulakan dulu.ngee... 

enjoy you day.... > . <

Post a Comment