Tuesday, October 25, 2011

~ Resepi Nasi Ayam Special ~

 Nasi Ayam Special

Bahan - bahan :
3 cawan beras beriani ( basuh dan toskan )
1 helai daun pandan ( disimpul )
4 sb majerin / butter
Air rebusan ayam secukupnya
Bawang goreng
Daun sup

Cara buat Air Rebusan Ayam :
 Didihkan 1 periuk kecil air bersama 2 ulas bawang putih ( diketuk ),
1 inci halia ( diketuk ), 1 biji bawang besar ( diblend ), sup bunjut adabi, 2 ketul isi ayam, 1 sb serbuk lada hitam, garam secukup rasa.

Cara buat Nasi Ayam :
1. Cairkan majerin didalam rice cooker dan masukkan beras, gaul rata.
2. Masukkan daun pandan dan air rebusan ayam secukupnya.
3. Isi ayam dari rebusan ayam tadi diracik dan dimasukkan sekali ke dalam rice cooker.
4. Tutup rice cooker hingga nasi masak. 10minit sebelum nasi masak, kaup balikkan nasi supaya nasi masak sekata.
5. Apabila masak, taburkan daun sup dan hidang bersama bawang goreng.

 Mix Salad

Ayam KFC

Menu malam ni buat nasi ayam, mix salad and jus tembikai je. untuk ayamnya beli ayam KFC..sebab nak try ayam tomyam dia, boleh tahan jugak tapi lagi suka hot n spicy yang biasa tu..ok lah, selamat bercuti esok...
and SELAMAT HARI DEEPAVALI... ^_^

Post a Comment