Monday, October 3, 2011

~ Contoh Resume Bahasa Melayu ~


Contoh resume bahasa Melayu. Bagi mereka yang ingin menulis resume, artikel ini akan memberi anda contoh resume terbaik dalam bahasa Melayu. Menulis resume dalam bahasa melayu sama sahaja seperti menulis resume dalam bahasa Inggeris, yang berbeza mungkin hanya dari segi intonasi dan penceritaan sahaja. Menulis resume bahasa melayu boleh di bahagikan kepada beberapa bahagian.
Bahagian Pertama – Maklumat peribadi.
Contoh maklumat peribadi yang anda boleh beri adalah
- Nama penuh
- No telefon
- Alamat emel
- Tarikh Lahir
- Tempat asal
- Umur
- Hobi
- Dan maklumat –maklumat yang anda rasa perlu di masukkan ke dalam resume.
Bahagian Kedua – Pendidikan dan Kelayakan Professional.
Dalam bahagian kedua anda masukkan maklumat mengenai pendidikan dan kelayakan professional yang anda ada. Antara maklumat yang boleh anda masukkan adalah maklumat kelulusan akademik seperti ijazah dan sebagainya.
Anda juga boleh sertakan maklumat sijil kemahiran yang anda ada jika ia berkaitan dengan pekerjaan yang anda pohon. Mempunyai kemahiran yang lebih memberi anda kelebihan berbanding calon – calon yang lain.
Bahagian ketiga – Pengalaman dan Kemahiran yang anda ada.
Dalam bahagian ini, anda ceritakan apa yang anda mampu lakukan sebagai individu. Pastikan ia berkaitan dengan kerja yang anda pohon. Sertakan juga pengalaman kerja jika ada. Antara perkara yang anda boleh tulis adalah
- Kemahiran penggunaan bahasa.
- Pengalaman kerja. Jika anda fresh graduate, anda boleh beri maklumat pengalaman anda ketika anda praktikal dan apa sahaja pengalaman yang anda peroleh ketika anda belajar.
- Sertakan aktiviti kokurikulum yang pernah anda sertai dan kaitkan kebolehan anda itu dengan kerja yang anda bakal pohon. Tulis setiap pengalaman dengan ringkas supaya ia senang untuk di baca.
- Sertakan juga kejayaan yang anda pernah capai dan pastikan ia ada kaitan dengan kerja yang anda bakal pohon.
Bahagian Keempat – Expectation anda.
Dalam bahagian ini anda tulis apa yang anda jangka dan boleh beri pada bakal majikan anda ini. Antara maklumat yang anda boleh beri adalah
- Gaji yang anda mahu dan jangka serta masukkan juga maklumat kesediaan anda untuk berbincang mengenai gaji anda jika ia terlalu tinggi bagi pihak majikan.
- Nyatakan secara peribadi, apa yang anda mahu capai dalam kerjaya anda jika anda di terima bekerja.
- Nyatakan pengorbanan yang anda sanggup beri seperti kesudian bekerja lebih masa dan outstation.
Di atas adalah contoh terbaik untuk menulis resuma bahasa melayu. Anda tidak perlu menghias resume anda dengan hiasan yang cantik – cantik. Anda cuma perlu pastikan bakal majikan boleh membaca dengan jelas apa yang anda sampaikan. Contoh resume ini pasti akan memukau bakal majikan anda.

Sumber : Encik Google :D

Post a Comment