Tuesday, August 9, 2011

~ Stew Ayam Pedas Bersama Sayur : Resepi Korea ~

Korean Spicy Chicken Stew with Vegetables

Bahan Utama :
6 ketul ayam, jangan buang kulit ( gaulkan dengan 1 sk garam dan 1 sk serbuk lada hitam )
2 biji kentang ( potong dadu )
1 batang carrot ( potong bulat )
1 biji bawang besar kuning ( belah 4 )
1 batang daun bawang ( potong kasar )
1 sk bijan
1.5 cawan air

Bahan Sos ( gaul rata dalam 1 mangkuk ) :
2 sb paste cili
2 sb bawang putih (cincang)
2 sb sos soya
1 sb serbuk cili
1 sb gula
1 sk madu / sirap jagung
1 sk halia (cincang)
1 sk minyak bijan
1 sk bijan
secubit serbuk lada hitam

Cara - cara :
1. Masuk ayam, kentang, carrot, bahan sos dan air dalam periuk.gaul rata dan tutup periuk, reneh pada api sederhana hingga 25minit.
2. Buka penutup periuk, masukkan bawang besar. tutup semula dan biar lagi 10minit hingga kuah pekat.
3. Tabur daun bawang, kacau rata dan angkat. tabur bijan dan siap...


p/s : sangat sedap... kentang dan carrot betul-betul lembut. ayam yang mix dengan semua rasa..
( Arini berbuka buat dak galbi dan ayam stew ni...simple je cara nak buatnya, tapi rasanya betul-betul sedap.. cayok... ;p  Selamat Berpuasa )



Post a Comment