Friday, August 26, 2011

~ Nasi Butter ~

Resepi Nasi Butter

Bahan - bahan :
3 cawan beras beriani ( basuh dah toskan )
1 biji bawang besar ( hiris )
2 ulas bawang putih ( cincang )
4 sb buttercup
1 kiub ayam
1 batang carrot ( potong bulat )
1/2 - 1 biji capsicum ( didadu )
2 cawan jagung manis
2 helai daun pandan ( disimpul )
3 sk garam atau secukup rasa
air suam secukupnya
bawang goreng dan daun sup ( optianal )


Cara - cara :
1. Panaskan kuali, cairkan butter dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan kiub ayam dan garam. kemudian masukkan beras, carrot, jagung dan capsicum. kacau rata dan goreng sekejap.
3. Pindahkan ke dalam rice cooker, letak daun pandan dan air suam secukupnya. masak seperti biasa.
4. Bila nasi dah nak masak, kaup balikkan nasi supaya masak rata. biar 5 minit lagi barulah hidang.
5. Taburkan bawang goreng dan daun sup.

p/s : bau daun pandan dan capsicum sungguh aromatik, sedap makan dengan ayam panggang...nyum.nyumm...
* maaf gambar nasi tu blur skit sebab bateri dah nak abis masa tu.
Post a Comment