Tuesday, August 16, 2011

~ Makaroni Keju Bakar ~

Bahan - bahan :
1 mangkuk makaroni ( direbus dan toskan )
4 ulas bawang putih ( dicincang )
1/2 biji bawang besar kuning ( potong dadu )
1/2 biji capsicum hijau ( potong dadu )
1/2 batang saleri ( potong dadu )
6  cendawan butang ( hiris )
1 mangkuk kecil daging cincang
1 sk garam
1 sk serbuk lada hitam
1 sk basil dan oregano
1 sb sos tomato
1 sb sos prego traditional
1 sb minyak zaitun

Bahan Topping :
mozarella cheese
sos prego traditional
* sukatan topping ikut selera..

Cara - Cara :
1. panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi. masukkan daging, garam dan serbuk lada hitam. masak hingga daging berubah warna.
2. kemudian masukkan sos tomato dan sos prego. gaul rata. masukkan capsicum, bawang besar, seleri, dan cendawan butang. masak seketika dan masukkan makaroni. gaul rata,  masukkan basil dan oregano, masak lagi 2 minit dan tutup api.
3. sediakan mangkuk tahan panas, tabur mozarella cheese dan sos prego untuk lapisan bawah, kemudian masukkan makaroni tadi dan tuang sos prego atasnya dan tabur cheese untuk lapisan atas sekali.
4. bakar pada suhu 220 darjah celsius selama 15-20 minit.

* macaroni cheese siap untuk dinikmati.. ni je menu sahur kiteorang arini ;) Selamat Berpuasa...
Post a Comment