Friday, August 19, 2011

~ Daging Panggang Resepi Korea ~

Korean Grilled Beef ( So Galbi )

Bahan - bahan ( 3 orang makan ) :
6 - 8 keping daging
1 biji buah pear asia
1/2 biji bawang besar kuning

Bahan Sos ( gaul dalam mangkuk ) :
1/2 cawan sos soya
1 1/2 sb gula
1 1/2 sb bawang putih ( cincang )
1 1/2 sb madu
1 sb minyak bijan
3 sb daun bawang ( cincang )
1 sk halia ( cincang )
1/4 sk serbuk lada hitam

Cara - cara :
1. Blend hancur buah pear dan bawang besar. then, perapkan dengan daging selama 1 jam.
2. selepas 1 jam, tuang bahan sos keatas perapan daging, gaul rata dan simpan dalam fridge semalaman.
3. Keesokan nya boleh lah dipanggang...

*Arini dak azam request menu korea, 3 jenis je sempat buat. sangat-sangat puas hati..suka.suka..tak perlu bazir duit ratus-ratusan makan kat restoran korea lagi.hehe.. pasni kalau terdaya nak buat menu korea sampai penuh meja then makan puas-puas.haha...

Korean Chicken Stew ( Stew Ayam Korea )
- menu ni sedap sangat, boleh ratah je kalau taknak makan dengan nasi. resepinya klik di sini

 Korean Mini Fried Chicken ( Ayam Goreng Korea ) 
- ayam ni still rangup walaupun dah berjam-jam ( kiteorang pernah makan dalam pukul 2 pagi tapi rangup lagi.. masak dalam pukul 6 petang ) tak caye.. cer cuba..cer cuba..hehe..
Resepinya klik di sini

Korean Cusine Best In The Town... haha...berangan. ;p

Post a Comment