Thursday, August 18, 2011

~ Cheese Baked..cheesy and melty.. ~

Cheese Baked

Bahan - bahan ( 4-6 orang makan ) :
1 mangkuk makaroni ( direbus dan toskan )
1 sb minyak zaitun
1 sb bawang putih ( cincang )
1 sb sos prego
1 sk garam
1 sk serbuk lada hitam
1 mangkuk kecil daging cincang
1/2 biji bawang besar kuning ( potong dadu )
1/2 biji capsicum ( potong dadu )
1/2 batang seleri ( hiris kasar )
8 cendawan butang ( hiris )
2 sk serbuk thyme

Bahan Sos Putih :
1 liter  susu segar
50 gm mentega
60 gm tepung
4 gm garam
2 cawan susu cair
6 sb susu manis
* didihkan semua bahan hingga pekat ( sentiasa kacau ye.. ) boleh simpan separuh dalam freeze untuk buat second time.

Bahan topping :
keju cheddar

Cara - cara :
1. panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan daging, garam dan serbuk lada hitam, masak hingga daging berubah warna.
2. masukkan 1 sb sos prego, bawang besar, capsicum, seleri, cendawan dan serbuk thyme. masak 3minit dan tutup api.
3. masukkan 5 sb sos putih dan gaul rata.
4. sediakan mangkuk tahan panas, tabur keju dan tutup dengan sos putih. ( ratakan )
5. kemudian, ratakan dengan 1-2 sb sos prego
6. masukkan makaroni dan tutup dengan sos putih, akhir sekali tabur keju sesuka hati diatas nya.
7. bakar pada suhu 220 darjah celsius selama 20-30 minit.
Taraa... cheese baked siap untuk dihidang. selamat mencuba.. ;)

p/s : hari ni camera man rajin sikit nak teman kat dapur, jadi banyak la sikit gambar. hehe...dan kepada sesiapa yang kebulur tahap gaban macam kiteorang, jumlah bahan untuk menu diatas boleh la dibuat untuk 2-4 orang makan jep.haha... harap maklum ;p

Post a Comment