Wednesday, August 24, 2011

~ Ayam Panggang Sedap JR® ~

Resepi Ayam Panggang Sedap JR®

  Bahan -bahan :
1 ekor ayam ( bersih dan keringkan )
sedikit butter ( untuk lumur pada ayam )
2 tangkai daun rosemary segar
2 tangkai daun oregano segar
1 sb serbuk thyme
1 biji lemon ( potong 5 )


     Bahan Kisar :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 kiub ayam
3 sb serbuk lada hitam
3 sb sos tiram
2 sb kicap pekat manis heinz
2 sb madu
3 sb jem blueberry
2 sb gula
1 1/2 sk garam
sedikit air

Cara - cara :
1. Letakkan 1 tangkai rosemary dan 1 tangkai oregano di dalam kulit ayam ( depan dan belakang ). serta letak sedikit bahan kisar bersama rosemary dan oregano di dalam perut ayam.
2. Lumurkan kesemua bahan kisar pada ayam. taburkan thyme dan baki daun rosemary serta oregano.
3. Perahkan 2 potongan lemon pada ayam dan letak baki potongan di tepi ayam. perap ayam dalam icebox semalaman.
4. Esoknya bolehlah dibakar pada suhu 200 darjah celcius selama 1jam 30 minit atau sehingga ayam masak. lumurkan butter pada seluruh ayam sebelum membakar. ( selepas 30 minit semasa membakar, tuangkan rempah yang menitis pada seluruh ayam supaya ayam tak kering )
Arini berbuka menu ayam panggang yang sangat sedap bersama nasi butter, salad, bun manis dan sweet corn + teh 'o' ais lemon.....nak buat coselow dan mashed potato jugak tapi tak sempat la pulak + dah penat.hehe..selamat berbuka...
lubangkan ditengah bun...letak salad,sweet corn, hirisan ayam panggang serta sedikit kuah ayam panggang dan.....makannnn...hehe..amat heaven sekali... (T_T)..
Post a Comment