Friday, July 1, 2011

~ Satay Goreng ~

La ni kalau tekak tetiba rasa nak makan satay, dah boleh buat..satay goreng, tak yah susah-susah nak cucuk kat lidi then p membakor. perapkan aje dalam 1 jam, pastu dah boleh goreng..buat banyak skit, simpan dalam icebox, bila-bila teragak boleh goreng. makan ngan nasi impit + kuah kacang, makan ngan nasi putih pun sedap, buat snack je pun sedap...
 Satay Goreng

Bahan - bahan :
500 gm daging (potong halus)
10 sb  gula ( nak lagi manis boleh tambah, ikut selera )
2 sk garam

Bahan Kisar Kering :
4 sb ketumbar
3 sb jintan manis

Bahan Kisar Basah :
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4 tangkai serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit 

Cara - cara : 
1. campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk. gaul rata. perap sekurang-kurangnya 1 jam. lagi lama lagi sedap.
2. panaskan pan, goreng tanpa minyak ataupun sedikit minyak. goreng sehingga daging masak. siap..
 Side Dish 1 : Carrot Goreng
Side Dish 2 : Ayam Goreng
Tu je menu kiteorang arini, simple and easy tapi sedap.. ;p
Post a Comment