Friday, July 22, 2011

~ Resepi Korea : Dak Galbi dan Bokumbap ~

Resepi 1 : Resepi Ayam Pedas Korea ( Dak Galbi )
Dak Galbi ni menu popular Korea Selatan.  generally made by stir- frying marinated diced chicken in a gochujang (chili pepper paste) based sauce, and sliced cabbage, sweet potato, scallions , onions and tteok (rice cake) together on a hot plate.
Bahan - bahan ( 4 orang makan ) :

1 mangkuk hirisan daging ayam ( perap 30 minit dengan 1 sk garam, 1 sb black pepper, 1 sb bawang putih cincang, 1 sk halia cincang )
1 mangkuk  hirisan carrot, bawang besar, kentang dan daun bawang.
1 mangkuk air

Bahan Sos ( gaul rata dalam 1 mangkuk ) :
1 sb serbuk cili
1 sb cili paste
1 sb serbuk kari
2 sb soya sauce 
1 sk minyak bijan
1 sb bijan
1 sb cuka apple / pear

Cara - cara :
1. masukkan bahan sos yang siap digaul tadi dalam mangkuk perapan ayam. gaul rata, perap 30 minit lagi. 
2. panaskan multi cooker, masukkan bahan perapan tadi dan 2 mangkuk air. tutupkan. 
3. bila sudah mendidih, masukkan semua sayur-sayuran. tutup sekejap hingga kuah pekat.
3. buka dan bolehlah makan bersama salad.

Resepi 2 : Resepi Nasi Goreng Korea (  Bokumbap )
 Bahan - bahan :
1 mangkuk besar nasi ( jangan masak lembik ye... )
2 biji telur ( optinal )
2 sb minyak zaitun ( optional ) 

Cara - cara :
1. bila kuah dak galbi tadi hampir kering ( puas mentekedarah kuah and isi-isi dia ), masukkan nasi. kacau rata. then, boleh letak minyak zaitun kalau nasi terlampau kering.
2. masukkan telur dan kacau lagi. boleh ler makan panas-panas sampai abis ye...

video
dah hampir separuh melantak Dak Galbi ni baru teringat nak amik video..so, sempat snap video Dak Galbi yang tengah mendidih jela and cara buat Bokumbap. makan sambil tengok citer annissa episod last malam tadi..enjoy.. ;p 

p/s : resepi ni sedap sangat and simple. boleh makan 2 jenis menu dalam 1 masa...
* kan best kalau dapat duk korea...wink..wink.. ^_^

Post a Comment