Sunday, July 10, 2011

~ Mee Jawa gerenti jadik + Banana Dates Milkshake ~

Akhirnya...berjaya jugak den buek mee jawa arini. pikir punye pikir, last2 masuk dapur jugak, keluar semua senjata..ting tang ting tang...
Ni mee jawa aku + telur goyang..hehe..puas makan arini. sedap, berbaloi buat walaupun penat..ada orang suka yang cair skit kuahnya tapi dak azam suka kuah yang pekat.

Ni dak Azam punye, dia tak suka sayur..kosong jek, tak meriah langsung.

Tetiba jep dak azam rajin nak buat milkshake..peberet dia, semestinya banana dates..sedap betul, macam makan aiskrim. pass jugak laki aku ni duk dapur.haha..lupa pulak tadi nak tanya resepi milkshake dia ni, terus minum tak ingat dunio. nak tanya time ni, dia dah mimpi sampai london kot..sok la tanya...

ok la, dah ngantuk ni...update cepat-cepat, bantal busuk dah melambai-lambai tu..

Mee Jawa ( 4 orang makan )
Bahan - bahan :
1 bungkus mee kuning + 1 batang sawi + 1 mangkuk taugeh ( dicelur )
1 buku fishcake ( rebus, then hiris )
2 biji telur rebus
1 buku tauhu goreng ( hiris )
1 tangkai cili merah / hijau ( hiris )
4-6 biji limau kasturi ( belah )
bawang goreng

Bahan kuah :
1 senduk minyak masak
dikisar ( 6 ulas bawang merah + 4 ulas bawang putih + 2 sb belacan + 4 sb udg kering + 1 inci halia + 1 biji bawang besar )
1 mangkuk ubi keledek oren rebus ( dilecek )
2 sb cili paste
1 kiub daging
1 mangkuk daging ( hiris )
air secukupnya ( anggaran 5 mangkuk )
garam dan gula

Cara - cara :
1. panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi. then, masuk cili paste.
2. bila cili dah garing, masukkan keledek dan kiub, kacau rata then masukkan air.
3. bila mendidih, masukkan daging.
4. masuk garam dan gula secukup rasa. masak hingga kuah pekat. ikut selera nak pekat mana yek..
5. bolehlah tuang atas mee dan aksesori yang lain-lain tu...sedap makan panas-panas.

p/s : for Mr. Azam - 4* for your milkshake, memang kelasss la.. ;p


Post a Comment