Saturday, July 9, 2011

~ Makaroni Bolognese Vs Makaroni Goreng ~

 Makaroni Bolognese

Bahan - bahan :
1 pinggan makaroni yang siap direbus
1 sb minyak zaitun
4 ulas bawang putih ( cincang halus )
5 sb tomato puree
1 sb cili paste
1 biji tomato ( potong dadu )
4 biji cendawan butang ( belah 2 )
1 cawan daging cincang
1 sk basil dan oregano
2 senduk air rebusan makaroni
garam dan gula

Cara - cara :
1. panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi.
2. masukkan paste cili, tumis hingga garing, kemudian masukkan daging dan tomato.
3. bila daging hampir masak, masuk tomato puree, air rebusan dan cendawan. kacau rata.
3. bila mendidih, masukkan oregano dan basil. perasakan dengan garam dan gula. masak hingga kuah pekat. angkat dan tuang atas makaroni tadi..

Makaroni Goreng

Bahan - bahan :
1 pinggan makaroni yang siap direbus
4 ulas bawang putih ( diketuk )
1 biji bawang besar ( hiris )
1 sb cili paste
1 sb sos tiram + 1 sb  sos ABC heinz + 1 sb kicap cair + 1 sb kicap manis + 1 sb sos tomato
( campurkan bahan sos dalam 1 mangkuk )
1 cwn ayam + daging
1 mangkuk kecil taugeh + sawi
3 cendawan butang ( belah 4 )
garam dan gula
4 sb minyak zaitun

Cara - cara :
1. panaskan minyak, tumis bawang hingga harum.
2. masukkan cili paste, biar hingga garing. then, masukkan bahan sos. kacau rata.
3. masukkan ayam dan daging, bila hampir masak, masukkan sayur-sayur dan cendawan.
4. masuk garam dan gula. kacau rata, pastu , masukkan makaroni. masak hingga pekat baru angkat.
5. tabur bawang goreng

homemade toufu fa - ni kes teragak nak makan,dah lama terpikir..bukan mengidam yek

Ni menu semalam, tak dan nak post sebab masak ni pun dalam pukul 11 malam. terpaksa la dak azam berlapar & bersabar tunggu makanan siap. sowi... kebelakangan ni sibuk banyak skit buat assignment, pukul 3 pagi tadi baru siap second punye then terus submit online. bergegar otak den. ada lagi 1 belum siap, yang ni nak hardcopy la pulak, leceh betul la..aduhh. aja..aja..fighting. arini, dak azam request nak makan mee jawa..hopefully, berjaya buat arini..hehe..

Post a Comment