Friday, June 24, 2011

~ Yakiniku Daging : Resepi Jepun ke Korea.. ~

Beef Yakiniku ni ialah daging panggang yang dicipta oleh orang Korea yang menetap di Jepun, juga turut dikenali sebagai Korean BBQ. So, bagi memenuhi permintaan Mr. Azam yang nak makan yakiniku ni, maka aku pun gigihkan diri pergi dapur. ni second time buat..sedap...kuah dia memang terangkat..
 Yakiniku Daging

Bahan - bahan :
250 gm daging ( hiris nipis )
1 biji bawang bombay ( hiris )
2 ulas bawang putih ( hiris )
1 biji lada merah ( buang biji, potong serong )
1 batang carrot ( hiris batang mancis )
1 sb bijan 
1sb minyak bijan
100 ml air rebus ayam
1 btg daun bawang ( potong kasar )  
5 sb minyak untuk menumis

Bahan Sos :
2 ulas bawang putih ( ditumbuk)
2 inci halia ( ditumbuk ) 
1 sb kicap manis
1 sb gula
1/2 sk garam
50 ml kicap kikkoman

Cara - cara :
1. campurkan semua bahan sos, masak hingga mendidih kemudian angkat dan ketepikan.
2. panaskan 2 sb minyak, tumis bawang bombay dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan carrot dan cili merah. kacau sebentar, angkat dan ketepikan.
3. seterusnya, panaskan 3 sb minyak dan  1 sb minyak bijan, masukkan daging, kacau hingga berubah warna. kemudian, masukkan bahan sos dan air rebusan ayam. kacau rata. masak hingga kuah pekat, masukkan tumisan cili merah tadi,daun bawang dan bijan. biar sekejap. angkat dan hidang..

 Menu ke 2 : Ikan Dory Masak Tomato

 Side Dish : Steam Tofu

 Peneman : Dak Ampang

Sedap di makan bersama salad segar...selamat menjamu selera. ;) 

Post a Comment