Sunday, June 19, 2011

~ Spaghetti Goreng Pedas Vs Cekodok ~


Bahan - bahan :
1 pinggan spaghetti yang sudah direbus
1 cwn campuran hirisan ayam dan daging
1/2 biji tomato ( potong kasar )
1 biji bawang besar ( potong kasar )
2 sb krimer
2 sb mayonis
sedikit garam
minyak zaitun

Bahan tumbuk :
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
1/2 biji tomato
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara - cara :
1. panaskan minyak zaitun, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. masukkan daging dan ayam, kemudian, masukkan krimer, mayonis, dan bawang besar. kacau rata barulah masukkan spaghetti.
3. masukkan tomato dan sedikit garam, masak sehingga semua rasa sebati..

Cekodok / Jemput - jemput Simple Dan Sedap

Bahan - bahan :
3 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar ( potong kasar )
1 biji cili hijau ( dihiris )
1 tangkai daun bawang ( potong kasar )
sedikit daun sup ( dihiris halus )
segenggam ikan bilis ( dibasuh dan direnyuk-renyuk ) betul ke bahasa?haha...
1 sk baking powder
2 sk garam
air secukupnya

Cara - cara :
1. dalam 1 mangkuk, campurkan semua bahan kecuali air. gaul rata, masukkan air sedikit demi sedikit. kacau dengan penuh lemah lembut supaya bancuhan tak keras. hehe..ni betul tau.
2. panaskan minyak dan goreng seperti biasa.

p/s : sedap makan sambil tengok tv..
Post a Comment