Tuesday, June 21, 2011

~ Simple And Easy Mee Hailam ~

Mee Hailam

Bahan - bahan :
1 paket mee kuning ( rendam sekejap dan toskan )
1 mangkuk hirisan ayam dan daging
1 mangkuk taugeh, sawi, carrot dan kobis
1 batang daun bawang ( potong 1 inci )
1  batang daun sup ( hiris )
1 biji cili merah ( hiris )
1 biji bawang besar ( hiris )
2 ulas bawang putih ( diketuk )
1 sb cili boh
1 sb tepung jagung + 1 cwn air
sedikit minyak
garam dan gula

Bahan Sos ( campur dalam 1 mangkuk ) :
3 sb kicap manis
3 sb kicap cair
2 sb sos tiram
1 sb sos ikan
1 sk minyak bijan

Cara - cara :
1. panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh, biar hingga sedikit garing, masukkan ayam dan daging.
2. kemudian masukkan campuran sos tadi, kacau rata barulah masukkan mee dan campuran sayur. kacau 5 min, masukkan air tepung jagung, garam dan gula secukup rasa.
3. masukkan daun bawang dan daun sup.kacau rata dan biar seketika. angkat bila kuah sudah pekat.
4. tabur bawang goreng dan perahkan sebiji limau kasturi, mee hailam siap untuk dihidang.



Post a Comment