Wednesday, June 22, 2011

~ Saya suka makan Nasi Ayam Sedap ~

Waa..sebut pasal nasi ayam, terus je terliur dan kelaparan melanda diri.aduh, tak tahan dengan godaan nasi ayam. arini tekak nak sangat makan nasi ayam, dah beberapa hari memikir, berkira-kira nak buat nasi ayam...jadi dengan gigihnya pagi tadi beraksi kat dapur, nak buat nasi ayam punya pasal.haha...jadik breakfast kiteorang makan nasi ayam. terror tak? ada sesapa punya tekak pepagi dah boleh makan nasi ayam? sebenarnya dulu tekak aku pun tak boleh nak terima pepagi dah makan nasi berlauk kecuali nasi goreng tu lain la kan, tu memang antara menu breakfast pun. tapi nasi putih + lauk macam asam pedas ke, kurma ayam ke, kari daging ke dan lain-lain lauk yang seangkatan dengannya la..pagi-pagi makan sambal belacan ngan ulam-ulam. tapi tu la menu yang aku makan tiap-tiap hari kalau time my MIL ada balik. macam-macam lauk-pauk kiteorang makan time pagi, tengah hari lain punye cite. jangan ko mimpi pagi-pagi dapat makan roti canai,nasi lemak, teh tarik..hehe.. jadik semenjak tu la aku dah tak heran kalau pagi-pagi melantak nasi berlauk. hidang kan aje la, pasti aku rembat abis punya. mula-mula dulu tak boleh nak makan la konon-konon perut aku ni hanya boleh terima menu breakfast yang biasa kita makan tula tapi sekarang boleh jek, hipokrit betul perut aku ni yek. panjang lebar pulak melalut kan. ok, jadi hari ini dalam sejarah, aku pun berjaya buat nasi ayam pagi-pagi dan habis licin pun makan tak sempat nak snap gambar. gambar kat atas tu aku google je sebagai penyeri entri kali ni sebab aku suka entri yang ada gambar.hihi..pengkritik tetap masakan aku ( Mr. Azam Ketoncit ) cakap sup ayam kurang bahan dan perlu improve lagi, yang lain semua ok tapi belum tahap tip top punya rasa.haha..malu den. Oleh itu, aku tak masukkan resepi nasi ayam aku kat sini sebab takut kalau sesiapa yang try nanti tak puas hati plak.hehe...sekian entri aku untuk hari ni.wassalam..

P/S : Ni kedai nasi ayam yang sedap di Melaka , ( Restoran Nasi Ayam A1, Sungai Udang - jalan ke econsave baru ) ( Restoran Nasi Ayam Hainan, Sungai Udang - dekat dengan t.light besar simpang tiga, kalau dari jalan raya nampak restoran ni kat bangunan kedai bawah bukit, tutup awal dalam kul 3 ptg kot ) ( Nasi Ayam Pengkalan Balak - kedai betul2 dekat depan simpang tiga, ada jual rojak @ cucur udang banyak tu ). ok, tu je kedai yang betul-betul sedap yang kiteorang jumpa setakat ni...;)

Post a Comment