Tuesday, June 7, 2011

~ Nasi Gajus Simple Vs Ikan Merah Masak Berempah ~

Memula arini niat malas nak masak, makan luar jela sebab konon-kononnye arini nak study sampai pengsan.hehe...tadi p dapur, terserempak plak ngan stok beras basmathi. tetiba je aura nak masak datang..apa lagi, terus la menempek kat dapur,alang-alang dah p dapur kn. maka terhasil 4 jenis menu yang tak seberapa ni.......
Nasi Gajus

Bahan - bahan :
2 cawan beras basmathi ( dicuci bersih )
3 sb minyak zaitun ( sebab minyak sapi dah abis.. )
3 ulas bawang putih ( dihiris )
2 biji bawang merah ( dihiris )
1 btg kulit kayu manis, sedikit bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
2 sk serbuk kunyit
1 kiub pati daging
1 cawan gajus dan kismis
3 helai daun pandan
1 sb halba
4 cawan air

Cara - cara :
1. panaskan minyak zaitun, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, serbuk kunyit, kiub daging dan beras. kacau rata. biar seketika.
2. kemudian masukkan ke dalam rice cooker, letak daun pandan, taburkan gajus, kismis dan halba.
3. masukkan air,tutup dan biar hingga masak..

Ikan Merah Masak Berempah

Bahan - bahan :
4 ketul ikan merah ( cuci bersih )
5 sb minyak masak
4 cawan air asam jawa
4 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
2 biji buah keras
1 sb udang kering
2 sb ketumbar
1 sk jintan manis
1sk lada hitam

Cara - cara :
1. panaskan minyak dalam periuk. tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. masukkan daun limau purut dan air asam jawa, biar mendidih. masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa. biar hingga ikan masak.

Ayam Masak Merah

Kangkung Goreng Belacan

Ayam masak merah ngan sayur kangkung ni dah banyak sangat resepi nya kat internet dan kompom ramai orang tau n dah biasa sangat buat..jadi malas la nak tepek resepinye..kan.kan..;p

Post a Comment