Saturday, June 25, 2011

~ Ikan Dory Masak Cili Kering ~

Ikan Dory Cili Kering
Bahan - bahan :
1 keping ikan dory ( potong 6, cuci dan toskan )
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
4 tangkai cili kering, ikut kepedasan ( gunting serong, cuci dan toskan )
1/2 sb sos tiram
1/2 sb kicap manis
1 sb minyak bijan
1 cwn air
garam dan gula secukup rasa
1 sb minyak
1 sk bijan
p/s : hiris halus bahan bertanda *
cara - cara :
1. panaskan minyak dalam pan, tumis bahan * hingga wangi. kemudian masukkan cili kering. goreng hingga garing.
2. masukkan ikan, gaul rata.
3. apabila ikan separuh masak, masukkan sos tiram, kicap manis dan minyak bijan. gaul rata.
4. masukkan air, apabila mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
5. biar hingga semua rasa sebati, barulah angkat. taburkan bijan.
Ayam Masak Asam Pedas

Walaupun arini cuti tapi aku rase malas bebenor..kepala plak sakit sangat, baru semalam plan nak siapkan assignment 1 hari ni tapi nampaknye tak menjadi jugak. tido jela, berat benor kepala arini. lunch kat luar ngan dak azam. lepas maghrib tadi baru ok..dak azam keje arini, p selongkar dapur, nak masak ikan peberet dak azam la..kasi suprise skit.hehe..
Okla, tu menu makan malam kiteorang malam ni... makan dengan nasi panas dan ulam salad + tomato. Daaa ............^_^...........
Post a Comment