Tuesday, June 28, 2011

~ Ayra Suka Jalan - jalan Naik Kete ~

Ayra memang suka naik kereta, kalau tengah nangis, masuk je kereta mesti diam tapi mesti kereta tu bergerak la..kalau tak kompom la melalak jugak. Agaknya betul la orang tua-tua cakap, kalau masa kita pregnant, apa yang kita suka buat, sok baby tu pun sama ikut suka apa yang kita suka tu...masa aku pregnant dulu, sehari suntuk berjalan pun takde hal punya. pernah 1 hari tu, berjalan bagai nak rak, sok terbungkang kat katil je, amik kau, kaki bengkak takleh nak jalan..sekarang amik, ibu borek, anak rintik..tapi orang tua-tua cakap jugak, bagus kalau banyak berjalan masa pregnant, nanti nak bersalin mudah. Alhamdulillah..aku pun bersalin dengan mudah berkat doa semua orang. nanti kalau aku rajin, aku cerita camna aku bersalinkan dak ayra dulu..kalau ingat balik, kelakar pun ye jugak. malu lah nak cerita.haha....aku betul-betul tak sangka aku akhirnya berjaya bersalin dengan selamat sebab aku ni amatlah penakut orangnya bila tengok darah bagai ni.akulah orang paling penakut nak jumpa doktor.huh..itu semua pengalaman. len kali la cerita...kan dah melalut panjang ni. tajuk entri lain, cerita pepanjang topik lain pulak.adeh..
Ok la, layan gambar baby Ayra yang belum tumbuh lagi rambutnya...dah macam upin pulak.
camna cara nak lebatkan rambut baby ye??




Akhirnya tertido jugak lepas penat bersuka ria..ibu sampai kering tekak nyanyi lagu untuk ayra.
budak baik jangan kuat menangis tau..


Post a Comment