Monday, May 9, 2011

~ Resepi Nasi Arab / A Simple Arabic Rice Recipes ~

A simple and easy Arabic Rice

Bahan - Bahan :
 (untuk 4 orang makan )

3 cawan beras beriani ( direndam 20min, kemudian dibasuh dan ditoskan )
6 cawan air rebusan daging / ayam
3 sudu makan miyak sapi
5 ulas bawang merah ( dihiris )
3 ulas bawang putih ( diketuk )
3 sudu makan serbuk lada hitam
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk kasar )
2 sudu makan campuran kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih
2 batang lobak merah ( 1 dihiris halus, 1 dipotong kasar )
1/2 cawan kurma
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang tanah ( di blend kasar )
3 biji kentang ( dibelah 2 )





Cara - Cara :

1. tumis bawang merah dan putih bersama minyak sapi hingga naik bau.
2. kemudian, masukkan lada hitam,rempah kurma,serbuk lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
3. masukkan sos tomato,beras, lobak, kacang, kismis, kurma dan gajus.kacau seketika.
4. bila sudah sebati, pindahkan ke dalam rice cooker. letakkan kentang ditengah. tuangkan air rebusan tadi.
5. tutup hingga masak.....



Bolehlah dimakan bersama lauk kegemaran masing-masing....


Kali ni kitaorang makan bersama Ayam Kurma, Sambal Sotong dan Sambal Tempoyak Pucuk Ubi...



Post a Comment