Saturday, May 14, 2011

~ Menu Simple Arini... ~

Ikan Selayang Spicy Sweet Sour with Tomato

Bahan - bahan :

2 ekor ikan selayang ( digoreng )
1 ulas bawang kecil ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( diketuk )
1 biji bawang besar ( potong wedges )
1 biji kentang ( potong bulat )
1 biji tomato ( potong dan tumbuk hancur )
10 tangkai cili padi ( ditumbuk )
3 helai daun limau purut ( dikoyakkan )
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Cara - cara :

1.tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi,masukkan cili padi, bawang besar, kentang dan tomato.tumis seketika.
2.masukkan air,apabila mendidih masukkan garam dan gula, daun limau dan ikan. biar seketika br angkat.
3. siap untuk dihidang....

Sambal Tumis Sardin

Bahan - bahan :

1 tin ikan sardin ( asingkan ikan dan kuah )
1 ulas bawang kecil ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( diketuk )
1 biji bawang besar ( potong gegelang )
1 biji kentang ( potong dadu )
1 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara - cara :

1. tumis bawang merah dan bawang putih. masukkan kuah sardin,bawang besar dan kentang.biar sekejap.
2. masukkan air asam jawa. bila mendidih, masukkan ikan sardin,garam dan gula. masak hingga kuah sedikit pekat.
3. angkat dan hidang..

Cendawan Sos Soya

Bahan - bahan :

1 cawan cendawan tiram
1/2 cawan carrot ( potong bulat )
1 biji cili merah ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( dihiris )
1/2 cawan kikkoman soy sauce
secubit garam

Cara - cara :  

1. didihkan sos soya, masukkan bawang putih, carrot dan cili.
2. bila carrot dah lembut, masukkan cendawan , kemudian garam. biar sekejap
3. siap....

Selamat Mencuba........

Post a Comment