Thursday, May 19, 2011

~ Kue Teow Kantonis Vs Kue Teow Goreng ~

Dak Azam suka kue teow kantonis, jadi petang tadi masak.buat mangkuk besar untuk dak azam, kira sekali makan untuk makan malam la ni.pakej ni tau..susah nak dapat.hehe...aci tak.malas nak masak lauk untuk malam..ok la,jom check resepi ni...

Bahan - bahan :

250 gram kue teow ( digoreng bersama 1sk minyak dan 1sb kicap manis, kemudian ketepikan )
1 sb minyak
1 biji bawang merah ( hiris )
2 ulas bawang putih ( hiris )
1 sb sos tiram
1 sb minyak bijan
1 kiub daging/ayam
1sb tepung jagung ( bancuh dengan sedikit air )
3 cawan air
1 cawan sayur ( carrot,putik jagung,sawi,bunga kobis )
1 cawan ( ayam, bebola, fishcake )
garam secukup rasa

Cara - cara :

1. panaskan minyak,tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. masukkan sos tiram, minyak bijan dan ayam.gaul rata.
3. masukkan air dan kiub.bila dah mendidih, masukkan campuran sayur,bebola dan fishcake.
4. masukkan garam dan air tepung jagung.kacau rata.masak sehingga kuah pekat..dan tuang atas kue teow td.siap..
( kena letak telur sebiji dan gaul rata tapi stok telur den dah habis ler..)

Dan tekak aku ni pulak terasa nak makan kue teow goreng...jadi aku buat kue teow goreng lembap2 skit spesial untuk diri sendiri.hehe...

 
Post a Comment