Sunday, May 22, 2011

~ Ikan patin goreng berlada ~

Ni dia ikan patin ori tau dari temerloh..ikan patin ni paberet dak azam. nak buat masak tempoyak tapi bahan-bahan tak cukup pulak..jadi buat goreng berlada..

Bahan - bahan :

1 ekor ikan patin ( potong 5 ) , digoreng bersama garam dan kunyit. ( ketepikan )
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 tangkai lada hijau*
1tangkai lada merah*
15 biji cili padi*
1 biji tomato ( belah 4 )
1 biji bawang besar ( belah 4 )
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
p/s : bahan yang bertanda  * di blend hancur.

Cara - cara :

1. panaskan minyak,tumis bahan yang diblend hingga pecah minyak.
2. masukkan air asam jawa, bila dah mendidih masukkan bawang besar dan tomato.garam dan gula.
3. masak sehingga sebati semua rasa...tuangkan atas ikan patin goreng tadi.siap.

boleh lah dimakan besama nasi panas..sedap tuh...

sayur campur kantonis style..

udang sungai masak lemak batang keladi

Ni mak yang bekalkan, jadi cuma panaskan je.hehe...sedap ni mak masak.

Post a Comment